Search This Blog

Friday, December 18, 2009

Sedapkata dari kickdefella


1. Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga ..

( Tuan kick nak bagi kejutan..ramah dengan bodoh tak selari jadi pembaca pun tertanya-tanya lah ( ni kena baca nii)..cara ini amat berkesan menarik perhatian pembaca)


2.Ini adalah versi yang diceritakan oleh para peniaga. Saya tidak tahu versi rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Besar.
( ini adalah satu cara beckup..supaya kalau ada yang nak serang, kita kata laa bukan versi saya)

3.Namun begitu, ia tidak akan sedikitpun menghilangkan rasa hormat dan sayang saya kepada Dato’ Ahmad Yakob, bahkan saya boleh faham apa sebenarnya yang terjadi.
( Ini lah sikap yang baik..jangan cari atau tambah musuh..jangan cari pasal..pasal dengan Ariff belum selesai lagi tak kan nak tambah pasal baru..nanti letih tak pasal-pasal)

4.Saya boleh faham mengapa Dato’ Ahmad Yakob, jika benar, telah bertindak sedemikian.
( Ini pula cara nak tunjuk kebijaksaan…maknanya kita faham..nak royat kepada yang tak faham, tapi pada yang buat-buat tak faham..tak payah faham pun tak apa)

6. Maka apabila segala kemelut yang onarnya yang semakin membara ini dihumbankan kepada Dato’ Timbalan Menteri Besar, ternyata ianya adalah satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Dato’ Ahmad Yakob oleh pihak tertentu.
( Bila dikatakan pihak tertentu maka episode akan jadi semakin sedap..orang makin jadi nak tahu…jeng..jeng…jeng…)

7.Apakah ini adalah lagi satu projek Abdul Ariffahmi?
( Yang ini minta pembaca jawab…tapi soalan dah bentuk kena..seperti satu peluru buat En Ariff)

Rujukan : http://kickdefella.wordpress.com/2009/12/12/dari-bazaar-tok-guru-jadi-busut-almenantunya/

Sedapkata dari MSO



Sedap Kata dari MSO http://msomelayu.blogspot.com/( Sebagai penulis yang berpengalaman, sudah makan garam banyak daripada kita, kena darah tinggi ke tidak saya pun tak tahu) :


1.Arif juga mengaku pihaknya ada berkasar sedikit, elok kalau beliau menjelaskan bagaimanakah bentuk kekasaran itu. Apakah mungkin kerana kekasaran yang dikatakan itu menjadi punca kepada gagalnya pertemuan itu.
( Ini satu kaedah nak cari silap orang, lagipun dia sendiri yang mengaku..atau supaya Nampak seimbang dalam hujjah)

2.Arif juga kesal kerana seolah saya turut mengatakan para peniaga itu bodoh. Saya tidak nampak dari baris mana saya cuba merendah-rendahkan para peniaga itu. Malahan saya melahirkan simpati kepada mereka.
( Kita harus bela diri kita sendiri, dan tunjukan bahawa kita tak serang siapa-siapa..orang nak marah itu dia punya pasal)

3.Mengatakan “kecek bodoh” dengan “orang bodoh” berbeza sama sekali! Kerja bodoh ialah kerja yang tidak mengikut sistem, peraturan dan sebagainya. Manakala “kece bodoh” bercakap tidak mengikut peraturan dan tidak tahu sistem. Tidak dapat mentafsirkan sesuatu juga termasuk dalam kerja bodoh!
( untuk kuatkah hujjah maka ..perhalusi lagi erti kata-kata, supaya ada perbezaan, Nampak lebih ilmiah..kalau orang yang aras pemikiran rendah terus tak faham dan terima, tapi kalau kita ada otak maka rasa sedaplah baca tulisan macam tu..pembelaan diri yang lengkap).


MSO lebih tahu apa yang dia tulis, saya sekadar melihat dari aspek sedap kata saja….sebab dia ada kata-kata yang sedap..

Monday, December 7, 2009

Mahfuz yang segera


Tulisan ini hanyalah sedapkata saja, tiada kaitan dengan mana-mana sentimen.


Ariffahmi, letak jawatan segera: Mahfuz
S Pathmawathy dan Jimadie Shah Othman
Dis 7, 09
3:49pm

kemaskini 7.55pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar
mendesak
( siapa yang terdesak, desakan siapa, siapa suruh desak, siapa benarkan desak, mungkin lebih lembut kalau guna istilah meminta..tapi kenapa tak guna..pasal lambatlah kalu guna macam tu..lambat maknanya tak segera, sedangkan dia nak segera
) menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan
Segera
( kenapa segera, tak boleh tunggu-tunggu,tak boleh tunggu kalau tunggu nanti jadi letih tak tentu pasal) ) sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.
( hujjah, menguatkan kenapa perlu segera. Adakah hujjah ini kuat, maksudnya kalau tak letak jawatan maka tak beretika lah,)

"Menteri besar boleh membuat pilihan
( lebih lembut daripada kata wajib pilih..boleh maknanya kalu tak pilih taka pa..Cuma kalau tak pilih tentu kena desak pula)
dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.
( masa tu juga, esok tak nak, kalau tiga bulan lagi tak nak)
"Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini," tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.
( lobi parlimen digunakan supaya hujjah jadi kuat, tak kan nak bercakap kedai kopi kot, atau atas pokok..sebab wartawan tak larat nak panjat)

Abdul Ariffahmi mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan
( lengah maksudnya melambatkan lah, bila lambat maka tak cepat, boleh lah buat apa-apa dulu sebelum sampai..maknanya manusia ni macam-macam ada yang nak cepat ada yang nak lambat…tapi masing-masing ada alas an, dalam hati masing-masing ada hal masing-masing)

peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.
( beberapa tak sama dengan satu, dalam tempoh 3 bulan tak kan satu saja, jadi beberapa akan melambatkan usaha serta merta, siapa yang akan menang antara beberapa dan serta-merta, kita tunggu episode seterusnya)


Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz". ( ini ayat orang nak marah tapi tak boleh bising, sendiwara sama dengan lakonan, Cuma lebih seronok sebab ada sandi dan wara…cerita akan tamat juga, tapi bagi yang nak cepat tak sedaplah..kena tunggu…lagi tak sedap kalau endingnya tak sama dengan yang diharapkan, sangat tak puashatilah)

Sementara itu, ahli jawatankuasa perhubungan Umno Kelantan, Mat Yusoff Abd Ghani berkata beliau bersetuju dengan desakan Mahfuz dengan alasan "terdapat sesuatu yang tidak kena" dalam PMBK.
( mungkin ada yang dah kena, ada yang akan kena, ada yang akan mengena, dan ada yang tak mengena-gena…sekadar jadi tukang sibuk untuk mengatakan tidak kena…kalau dah kena buat cara kena)

"Kita setuju dengan desakan Mahfuz itu. Kenapa beliau (Abdul Ariffahmi) kena tangguh dan tidak segera meletakkan jawatan? Ini menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena.
(setuju sama makna dengan satu pendapat, walaupun bukan satu aliran, tapi ada kehendak yang sama, untuk kita setuju boleh tumpat pendapat orang lain, menumpang memang boleh merehatkan, tak payah fikir jalan mana. Tapi jangan tumpang lama-lama nanti tak sampai distinasi sebab arah tak sama)


Tuesday, July 21, 2009

Kata mungkin betul mungkin tidak

itu lah manusia, ada yang betul ada yang tidak....siapa kata dia betul dia senyum kalau kata tak betul dia lihat kita semacam saja. seperti ada hutang lama yan belum dibayar. Tapi hutang mesti di bayar walaupun tak dituntut