Search This Blog

Friday, December 18, 2009

Sedapkata dari MSO



Sedap Kata dari MSO http://msomelayu.blogspot.com/( Sebagai penulis yang berpengalaman, sudah makan garam banyak daripada kita, kena darah tinggi ke tidak saya pun tak tahu) :


1.Arif juga mengaku pihaknya ada berkasar sedikit, elok kalau beliau menjelaskan bagaimanakah bentuk kekasaran itu. Apakah mungkin kerana kekasaran yang dikatakan itu menjadi punca kepada gagalnya pertemuan itu.
( Ini satu kaedah nak cari silap orang, lagipun dia sendiri yang mengaku..atau supaya Nampak seimbang dalam hujjah)

2.Arif juga kesal kerana seolah saya turut mengatakan para peniaga itu bodoh. Saya tidak nampak dari baris mana saya cuba merendah-rendahkan para peniaga itu. Malahan saya melahirkan simpati kepada mereka.
( Kita harus bela diri kita sendiri, dan tunjukan bahawa kita tak serang siapa-siapa..orang nak marah itu dia punya pasal)

3.Mengatakan “kecek bodoh” dengan “orang bodoh” berbeza sama sekali! Kerja bodoh ialah kerja yang tidak mengikut sistem, peraturan dan sebagainya. Manakala “kece bodoh” bercakap tidak mengikut peraturan dan tidak tahu sistem. Tidak dapat mentafsirkan sesuatu juga termasuk dalam kerja bodoh!
( untuk kuatkah hujjah maka ..perhalusi lagi erti kata-kata, supaya ada perbezaan, Nampak lebih ilmiah..kalau orang yang aras pemikiran rendah terus tak faham dan terima, tapi kalau kita ada otak maka rasa sedaplah baca tulisan macam tu..pembelaan diri yang lengkap).


MSO lebih tahu apa yang dia tulis, saya sekadar melihat dari aspek sedap kata saja….sebab dia ada kata-kata yang sedap..

No comments:

Post a Comment