Search This Blog

Friday, December 18, 2009

Sedapkata dari kickdefella


1. Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga ..

( Tuan kick nak bagi kejutan..ramah dengan bodoh tak selari jadi pembaca pun tertanya-tanya lah ( ni kena baca nii)..cara ini amat berkesan menarik perhatian pembaca)


2.Ini adalah versi yang diceritakan oleh para peniaga. Saya tidak tahu versi rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Besar.
( ini adalah satu cara beckup..supaya kalau ada yang nak serang, kita kata laa bukan versi saya)

3.Namun begitu, ia tidak akan sedikitpun menghilangkan rasa hormat dan sayang saya kepada Dato’ Ahmad Yakob, bahkan saya boleh faham apa sebenarnya yang terjadi.
( Ini lah sikap yang baik..jangan cari atau tambah musuh..jangan cari pasal..pasal dengan Ariff belum selesai lagi tak kan nak tambah pasal baru..nanti letih tak pasal-pasal)

4.Saya boleh faham mengapa Dato’ Ahmad Yakob, jika benar, telah bertindak sedemikian.
( Ini pula cara nak tunjuk kebijaksaan…maknanya kita faham..nak royat kepada yang tak faham, tapi pada yang buat-buat tak faham..tak payah faham pun tak apa)

6. Maka apabila segala kemelut yang onarnya yang semakin membara ini dihumbankan kepada Dato’ Timbalan Menteri Besar, ternyata ianya adalah satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Dato’ Ahmad Yakob oleh pihak tertentu.
( Bila dikatakan pihak tertentu maka episode akan jadi semakin sedap..orang makin jadi nak tahu…jeng..jeng…jeng…)

7.Apakah ini adalah lagi satu projek Abdul Ariffahmi?
( Yang ini minta pembaca jawab…tapi soalan dah bentuk kena..seperti satu peluru buat En Ariff)

Rujukan : http://kickdefella.wordpress.com/2009/12/12/dari-bazaar-tok-guru-jadi-busut-almenantunya/

No comments:

Post a Comment